Pengundi Atas Pagar @ No party Citizen

Rakyat Malaysia yg tidak berparti tetapi perihatin..

2011

Image
Najib walkabout di AU5 dan Taman Permata
 
Image
TS Muhyiddin bersama anak peniaga di Masjid India
 
Menghadiri satu lagi jalan-jalan bersama kepimpinan UMNO – YAB Perdana Menteri Malaysia di Giant Taman Permata dengan laluan dari AU 5 Keramat – jelas menunjukkan kegagalannya.  Petang itu tidak lebih dari PM Najib tawaf kawasan AU5 dan Taman Permata tanpa impak menyeluruh kepada rakyat yang hadir di situ. www.umno-reform2.com terkejut melihat jalan-jalan bersama PM Najib tidak mencapai hasrat sebenar program tersebut. Siapa penganjur program. Program itu tidak lebih kepada program untuk memuaskan hati PM Najib dari membawa Najib untuk berjalan bersama rakyat. Kita perlu lihat apa sebenarnya yang dimahukan dalam program seumpama itu. Kalau setakat ada ceramah dari PM Najib dan angkatan penganjur – maka itu bukan program sepetang berjalan-jalan bersama PM Najib. Apa sebenarnya yang mahu dilaksanakan oleh penganjur program itu – membawa Najib bersiar-siar – dikelilingi oleh polis dan pengawal keselamatan – dan tidak berbual-bual atau apa lagi untuk singgah di gerai yang ada sekeliling 7 elevan Taman Permata yang ada. Kalau takut sangat – untuk minum di gerai – kopek sahaja buah kelapa yang ada terjual – minum bersama atau setidak-tidak minum seteguk untuk dilihat oleh rakyat.
Program ini sebenarnya mahu menonjolkan siapa? Menonjolkan PM Najib pada rakyat atau menonjolkan matlamat penganjur. Melihat jalan-jalan bersama PM Najib saya lebih cenderung mengatakan jalan-jalan bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin lebih cemerlang dari apa yang dianjurkan oleh mereka di AU5 dan Taman Permata di Selangor. Sebenarnya – kalau macam itu – baik tidak payah lakukan!

posting dari umno-reform2.com

Bandar Kuala Lumpur-Dato Wong atau Ahmad Fuad?

WEDNESDAY, JUNE 8, 2011

Posting dari blog   http://sanggahtokjanggut.blogspot.com/
Gandingan yang tidak menjadi!
SUDAH sampai masanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) buka mata luas-luas untuk menyiasat serta mengambil tindakan sewajarnya terhadap kepimpinan Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar serta  Datuk Bandar Kuala Lumpur yang semakin hari memperlihatkan dengan jelas kerakusan mereka menggunakan kuasa untuk kepentingan masing-masing.

Kita pasti SPRM telah menerima segala aduan termasuklah surat laying yang mana SPRM sifatkan walaupun surat layang ianya boleh disiasat bagi mencari kebenaran disebalik isi surat tersebut dan penyelewangan projek Taman Botanic di Taman Tasik Titiwangsa sampai hari ini tidak tahu dimana hujung dan dimana pangkalnya  kesudahan siasatan yang melibatkan kerakusan Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Sudah ada yang mula menuding jari bahawa Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Menteri Wilayah Persekutuan bersekongkol untuk menguasai segala projek dan tender-tender dengan menggunakan individu-individu tertentu termasuklah nama Dato Wong yang sedang hebat diperkatakan hari ini di kalangan kontarktor-kontraktor Melayu dalam Wilayah Persekutuan.

Meskipun DBKL sebelum ini pernah terpalit dengan skandal yang melibatkan bekas Datuk Bandar Ruslin Hassan sebelum ini namun zaman kepimpinan Ahmad Fuad ini lagi banyak terserlah kepincangan dan penyelewengan kuasa serta kedudukan sehinggakan tidak ada sesiapa yang berani menegur atau mahu mengambil tindakan malah bila ada pegawai-pegawai beliau yang bersuara, Datuk Bandar akan mengambil tindakan mengurangkan segala kuasa yang ada daripada pegawai-pegawai tersebut dengan menukarkan kedudukan jawatan mereka.

Isu tender,kemiskinan bandar,Sime Darby,Taman Botanic,SP Setia,Tradewinds dan perbelanjaan yang terlalu besar disalurkan ke kawasan milik pembangkang serta angkuhnya beliau sebagai seorang Datuk Bandar sedang hebat diperkatakan hari ini dan segala tender-tender hampir 99 % kontrak DBKL dikuasai oleh tauke Cina ini yang dikenalpasti sebagai penyokong tegar DAP. 

Malah difahamkan tawaran kontrak terbaru yang dikeluarkan oleh DBKL dalam minggu ini daripada 38 kontrak, 26 tender tersebut diperolehi oleh syarikat-syraikat yang dinaungi oleh Dato Wong. Dato Wong ini jugak dikatakan begitu berpengaruh terhadap segala keputusan yang akan dilaksanakan oleh Datuk Bandar dan ada sumber pula mendedahkan bahawa Dato Wong ini juga cukup rapat dengan salah seorang orang kuat Menteri Wilayah Persekutuan.

Nasib kontraktor-kontraktor Melayu dalam Wilayah Persekutuan di zaman pimpinan Datuk Bandar hari ini tidak jauh bezanya dengan zaman pimpinan sebelum ini namun walaupun Datuk Bandar sebelum ini ada kepentingan tersendiri namun mereka tidak serakus dengan Datuk Bandar yang ada ketika ini malah kontraktor-kontraktor Melayu dalam Wilayah Persektuan tidak menjadi seperti pengemis seperti yang berlaku sekarang ini.

Ahmad Fuad disifatkan cukup rakus?
Datuk Bandar Kuala Lumpur ini dilihat seperti mempunyai pasukannya tersendiri  yang beliau ada kepentingan untuk membolot segala kerja-kerja kontrak yang dikeluarkan oleh DBKL malah difahamkan pasukan ini adalah sama semasa beliau memegang jawatan di Majlis Perbandaran Subang Jaya dan nama Dato Wong dari Melaka ini tiba-tiba sahaja menjadi begitu popular.

 Sehinggakan ada pihak-pihak tertentu bertanya, siapakah Datuk Bandar Kula Lumpur?Tan Sri Ahmad Fuad kah atau Dato Wong ?Mengapa Dato Wong ini dilayan dengan begitu istimewa sekali dan adakah tender-tender mengecat bangunan sahaja yang layak diberikan kepada kontraktor-kontraktor Melayu sedangkan Datuk Bandar memonopoli kerja-kerja penyelengaraan yang bernilai jutaan ringgit?

Kita tidak mahu bercerita tentang ladang yang beliau miliki di Hulu Langat yang difahamkan berjumlah puluhan ekar yang beliau sering menggunakan kuda untuk meninjau ladang tersebut, kita juga tidak mahu bercerita tentang renovasi rumah kediamannya di Bukit Tunku kerana itu semua milik peribadinya namun yang paling kita kesalkan apabila beliau hanya dilihat turun padang apabila PM dan TPM turun padang di Wilayah Persekutuan malah suara-sura sumbang makin kedengaran di kalangan pegawai-pegawai DBKL sendiri yang tidak senang dengan corak pentadbiran beliau yang angkuh serta tidak berhemah.

Banyak rungutan dan aduan yang dibuat kepada SPRM termasuklah ke pejabat Perdana Menteri tetapi malangnya sehingga hari ini Datuk Bandar Kuala Lumpur ini dibiarkan bebas menggunakan segala kuasa yang ada dan kita percaya hubungan baik beliau dengan Ketua Setiausaha Negara akan memungkinkan beliau untuk disambung lago kontraknya sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Tindakan dan segala keputusan yang dibuat oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur ini bagaikan direstui oleh tangan-tangan ghaib dan ada juga yang menuduh bahawa SPRM sengaja menutup mata dan tidak berminat untuk menyiasat segala salah laku di DBKL ini malah Menteri Wilayah Persekutuan sendiri hilang punca untuk mengawasi ataupun mengambil tindakan dan kerana itulah kalangan pegawai-pegawai Menteri sendiri mengambil peluang merajai segala peluang yang ada di depan mata mereka.

Kita amat berharap SPRM dan juga Perdana Menteri melihat dengan segala mata hati segala kerakusan dan penyelewengan yang sedang berlaku dalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini.Sebarang kerakusan sekiranya terus dibenarkan akan membuktikan bahawa SPRM dan juga Perdana Menteri termasuklah KSN terlibat bersubahat untuk menghalalkan segala tindakan yang sedang dibuat oleh Datuk Bandar ini. Malah untuk berharap kepada Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar ianya tidak akan memberikan erti apa-apa kerana Menteri ini sesungguhnya hanya patung bernyawa dan tidak bernilai apa-apa.Menyambung lagi kontrak beliau sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur samalah seperti 
memberikan tulang kepada anjing yang lapar

p.s.. 

cepatlah mereka yg perihatin bongkar perkara ini



Posting dari blog http://umno-reform2.com  
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur – satu isu rasuah bakal meletup?
Written by Webmaster   
WEDNESDAY, 08 JUNE 2011
Image
Tiba-tiba isu rasuah Dewan Bandar raya Kuala Lumpur timbul dalam kalangan kita. Rasuah dalam DBKL menjadi isu yang diperkatakan. Ada berita yang melibatkan Datuk Bandar sendiri terkeluar. Isu sebegini masih belum terbukti tetapi cerita dan berita semakin terkeluar.
www.umno-reform2.com turut dimaklumkan dengan tidak begitu terperinci rasuah yang dikatakan melibatkan DBKL. Isu rasuah ini akan tersebar dan ramai yang akan membicarakan isu ini tetapi kemungkinan juga ada yang akan cuba menangguk di air yang keruh. Isu rasuah DBKL yang dikatakan melibatkan Datuk Bandar sendiri akan mula tersebar dalam media alternatif. Persoalan untuk di jawab oleh Datuk Bandar juga akan mula hadir sungguhpun bagi www.umno-reform2.com tuduhan rasuah perlu ada asas. www.umn-reform2.com telah dimaklumkan mengenai apa yang dikatakan melibatkan pemberian kontrak kepada siapa dan untuk apa dan beberapa keadaan yang tidak menuruti peruntukkan pemberian kontrak yang tidak selaras.
Dalam isu ini – www.umno-reform2.com akan memulakan kajian dan akan turut menanti kiriman – kiriman mengenai isu yang dikatakan melibatkan rasuah besar DBKL dan pemberian kontrak. Kami akan cuba menyelongkar segala-galanya. Nantikan apa yang akan dibongkar olehwww.umno-reform2.com – itu pun sekiranya ada.

No Party Citizen

Contact Form

Name

Email *

Message *

nopartycitizen@2010. Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget